General News & Announcements

PENGUMUMAN DARI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) KEPADA SEMUA PELAJAR TAJAAN JPA DI UTP

 
 
Picture of Admin User
PENGUMUMAN DARI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) KEPADA SEMUA PELAJAR TAJAAN JPA DI UTP
by Admin User - Tuesday, 20 September 2016, 8:40 AM
 

PENYELARASAN BORANG DAN SYARAT BAGI TUNTUTAN ELAUN AMALI DAN TESIS BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Untuk makluman tuan/puan, selaras dengan perubahan struktur transformasi yang telah dilaksanakan, Jabatan ini kini dalam usaha untuk menambahbaik pengurusan bayaran biasiswa kepada pelajar tajaan JPA bagi memastikan urusan bayaran biasiswa kepada pelajar dapat diselaraskan dengan baik dan pengurusan kewangan Jabatan yang teratur.

 

3. Selaras dengan perkara itu, Jabatan ini telah menambahbaik proses tuntutan Elaun Amali dan Tesis dengan melakukan penyelarasan borang baru dan syarat bagi tuntutan elaun tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menyelaras proses tuntutan bayaran elaun Amali dan Tesis ini dapat diselenggara dengan baik dan bayaran dapat dilakukan dengan sempurna. Sehubungan itu, penyelarasan borang baru dan syarat bagi tuntutan Elaun Amali dan Tesis ini akan berkuatkuasa mulai 1 September 2016. Sebarang tuntutan bagi elaun tersebut yang masih menggunapakai borang lama tidak akan diproses. Maklumat lanjut berhubung perkara ini adalah seperti di attachment. Untuk itu, besar harapan kami agar perkara ini dapat disampaikan kepada pada pelajar tajaan JPA di universiti masing-masing.

 

Sekian, terima kasih.

 

“PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM”